Salam y'all...
Sekadar nak poskan entri ringkas sebab dah lama tak kemaskini blog ni. Rasa cam dah mula bersawang pulak kan... B-).
Kehidupan sekarang setelah bergelar suami orang? AlhamduliLlah lebih terurus, lebih tenang dan lebih tenteram. Doakan kami selamat mengharung kehidupan suami isteri yang penuh dugaan dan cabaran, amin... B-D
Jumaat minggu lepas turun ke KL sebab hari sabtu tu ada event anjuran Everlast sempena ulangtahun ke-100. 5Forty2 dijemput untuk buat persembahan untuk crowd yang hadir. So far AlhamduliLlah laa, persembahan berjalan lancar. Kepuasan? kalau per 10 tu, aku boleh bagi dalam 8/10. Masih punya ruang untuk penambahbaikan. B-). Terima kasih untuk rakan-rakan yang hadir memberi sokongan pada hari tu (Guyz, y'all know who you are...hehe).
Berikut antara gambar-gambar pada hari tersebut yang sempat dirakam oleh lensa kamera kawan-kawan.
4/7 of 5Forty2
Lagu 1st, Rilek...
Lagu 2nd, LuBeLi...
Posse dengan maskot beruang Root Beer A&W
from left to right: Phonic 542, Shazet, DMent 542, aku, Saphuan, Nawi PsychoTribe...
Sampai bertemu lagi... B-)









